
Benarkah aku mengenali siapa aku sebenarnya?
Sejauh manakah aku memahami diri sendiri?
Kenalkah aku dengan diri ini?
Adakah itu sebenarnya aku?
Siapakah yang lebih mengenali aku selain aku?
Ya Allah,
Persoalan ini kadang-kadang sering bermain di fikiranku..
Kadang-kadang aku memikirkannya..
Dan setiap kali aku berfikir mengenainya,
Aku seolah-olah baru dalam dunia yang semakin berakhir ini..
Aku merasakan aku betul dalam sesetengah perkara..
Tapi betulkah aku??
Aku merasakan aku semakin matang..
Tapi matangkah aku??
Aku sedaya mungkin menjaga hatinya..
Gagalkah aku??
Aku pentingkan diri sendiri..
Benarkah itu aku??
Aku terlalu sensitif..
Adakah itu diriku??
Itukah perangaiku??
Itukah sikapku??
Namun itulah yang sering dinyatakan olehnya..
Benarkah itu aku Ya Allah..??..
Mengapa aku tidak menyedari siapa aku??
Ya Allah..
Aku juga manusia biasa..
Aku mencuba untuk tidak mengendahkan perasaan hatiku yang terguris..
Namun aku gagal..
Aku sensitif..
Ya..
Aku sensitif..
Tapi aku x pernah pentingkan diri & perasaanku..
Aku sentiasa mementingkan orang di sekelilingku..
Terutamanya mereka yang aku sayang..
Kerana kebahagiaan & kegembiraan mereka merupakan kegembiraan buatku..
Ya Allah..
Berilah aku kekuatan..
Kekuatan untuk aku hadapi liku-liku hidup ini..
Salahkah aku menjaga dirinya?
Salahkah caraku menyayangi dirinya?
Salahkah aku kerana terlalu mencintai dirinya?
Aku merasakan semua yang aku lakukan betul..
Namun ternyata dia menyatakan kesalahanku...
Dan membuatku terfikir perlukah aku berubah..
Aku perlu berubah kerana itu kehendaknya..
Aku cuba untuk berubah..
Kerana aku tidak mahu dia ada perasaan benci kepadaku
Tatkala dia geram & marah dengan sikapku..
Namun sekali lagi aku gagal..
Sekali lagi aku membenarkan dia geram & marah dengan sikapku..
Aku gagal Ya Allah..
Ya Allah..
Tidak cukup bahagiakah dia bersamaku?
Sehinggakan dia masih ingin berkongsi kisah lamanya dengan orang lain?
Tidak ada langsungkah kisah gembira antara kami?
Adakah dia mencintai & menyayangi aku seperti perasaanku padanya?
Kasih-sayang yang bagaimana lagi harus aku curahkan Ya Allah?
Aku cuba menuruti segala kemahuannya..
Aku cuba untuk tidak melukakan hatinya..
Aku mencurahkan seluruh kasih-sayangku padanya..
Apakah lagi yang kurang Ya Allah?
Aku cuma inginkan dia melupakan semua perkara yang lepas..
Aku tidak mahu dia bersedih lagi dengan apa yang telah berlaku..
Aku mahu dia gembira bersamaku dan keluargaku..
Tapi aku gagal Ya Allah..
Dimanakah kekuranganku Ya Allah.......
Aku memohon agar Engkau tabahkan hatiku untuk menghadapi semua ini..
AKu rela bersedih & kecewa untuk kegembiraannya..
Aku rela korbankan perasaanku untuk menjaga hatinya..
Kerana diriku dan dirinya begitu berharga..
Kerana kesabaran itu indah..
Ya Allah..
Jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa bersabar..
Jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa bersyukur
Dengan apa yang kami ada di sekeliling kami..
Semoga aku mampu berubah untuk dirinya..
Untuk kebahagiaan dan kegembiraannya..
Dan semoga dengan itu,
Dia tidak lagi geram & marah padaku..
Sayang..
Aku amat menyayangi dirimu..




