Wednesday, June 16, 2010

~Kata Hatiku~

Alhamdulillah...
Genap 16 Jun 2010,.aku sudah berumur 21 tahun..hepy besday buat diriku..=)..
Thanx to my dear coz wish for my besday...i really2 appreciate it...n i love u so much!

Kini aku sedar diriku semakin tua...
Tidak boleh dinafikan pada umur ini banyak yang ingin aku capai..

Aku yakin sume org x boleh hidup tanpa kasih sayang...
Aku bersyukur kerana ada yang menyayangi diri ini seadanya....
Thanx sayang..=)..

Sayang..
Saya akan berubah....
Saya mahukan hubungan kita diberkati dan aman selalu....

Sayang..
Saya akan cuba menjadi lebih matang dalam sume perkara..
Namun saya juga insan biasa yang punya hati n perasaan..
Yang bisa merajuk n cemburu pada sesuatu perkara..
Maafkan diri ini sayang andai sekiranya itu menjadi beban buatmu..

Sayang..
Yang paling penting untuk diketahui olehmu ialah...
Aku akan berusaha menjadi yang terbaik buatmu.....
Aku akan berusaha memperbaiki diri ini dan membimbingmu ke arah kebenaran..
Aku ingin menjadi tangan yang memimpinmu menemui Yang Maha Esa..
Bantulah aku sayang....

Dan yang paling aku ingin dirimu mengerti ialah..
Aku ingin menjadikanmu yang HALAL buatku.........
Walaupun aku punya kekurangan...,
Walaupun mungkin dirimu melihat aku sebagai seorang yang tidak serius
Serta kebudak-budakkan,.
Namun itulah impian sebenarku menjalinkan hubungan denganmu..........

Ya Allah..
Bantulah aku mencari NUR dari-Mu..
Semoga dengan NUR itu aku mampu memimpin dirinya dan juga diriku..

Ya Allah..
Aku insan yang lemah..
Kuatkanlah aku untuk melakukan perubahan ini..
Sesungguhnya kami mengharapkan keredhaan dari-Mu..

Ya Tuhan kami..
Hanya padamu kami berserah dan memohon pertolongan..
Aku memohon semoga Engkau kekalkan perhubungan aku dengannya..
Jadikanlah dia sebagai milikku....
Kerana hatiku kini miliknya.......
Kerana aku menyayangi dirinya.....
Kerana dia begitu berharga buatku.

Dan kerana dia juga sebahagian dari hatiku.....

Amin..~...

No comments:

Post a Comment