
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk di alasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Setelah apa yg aku lihat
Aku tahu yg mereka saling berhubungan sekarang
Mungkin secara kerap
Setiap malam
Setiap hari
Atau mungkin tidak sekerap itu
Tanpa pengetahuanku
Apa yg mampu aku lakukan?
Hanya berdiam dan menunggu dia "kembali" padaku
Bukan kerana aku x mampu untuk menegur
Namun demi mengelakkan tercetusnya lagi pergaduhan
Aku tabahkan hati, kuatkan semangat untuk terus bersabar lagi
Merelakan perbuatan itu tidak bererti aku redha
Cuma berkorban dan merelakan hati ini terus terluka
Demi kebahagiaanmu berhubungan dengannya
Apakah pengorbanan yg aku lakukan dihargai?
Jika benar kamu menyayangiku dan ikhlas bersamaku
Sudah pasti engkau akan turut berkorban demi kebahagiaanku
Pengorbanan yg aku minta benar-benar berharga buat hubungan ini
Namun jika engkau tidak sanggup
Aku tidak memaksa
Aku pasrah atas segalanya
Apakah nama kepasrahan & pengorbananku ini?
Dayuskah aku?
Atau inilah dinamakan pengorbanan atas dasar cinta serta kasih & sayang?
Jawapan itu kubiarkan menjadi milikmu
Kerana hanya Tuhan yg tahu apa di hatiku
Dan atas dasar apakah aku berkorban untukmu
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cobaanMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya isteri ku ini adalah isteri yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini ditakdirkan BUKAN UNTUK DIRIKU SEORANG
Kau tunjukkanlaH aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya isteriku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cobaanMu
Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi suami yang Soleh
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Karena aku pasrah dengan dugaanMu
Karena aku sedar hinanya aku
Karena aku insan lemah yg kerap keliru
Karena aku leka dengan keindahan duniamu
Karena kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Karena pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati
Suami yang dikasihi
Suami yang soleh
Suami yang SENTIASA DI HATI ISTERI
Dan akulah satu-satunya suami yg menjadi tulang belakang hidupnya
Semoga tiada lelaki lain yang menggantikan tempatku di hati isteriku
Kerana hati dan diriku adalah miliknya
Kerana aku sayang padanya
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..”

No comments:
Post a Comment