Blog ini ku bina supaya kamu lebih mengerti hatiku..
Sayang..
Semalam dirimu meminta aku melepaskanmu....
Aku kaku sayang....
Aku tidak tahu apa lagi kesalahan yang telah aku lakukan..
Aku sedaya mungkin cuba menjaga hati dan perasaanmu setiap masa..
Cinta yang aku bina kurasakan seolah-olah hanya permainan bagimu..
Sayang..
Aku pertahankan cintaku padamu selama 3 bulan
Sebelum dirimu kembali padaku..
Saat dirimu menyatakan cintamu padaku
Terasa dunia ini sangatlah indah..
Kerana dirimu begitu berharga buatku...
Sayang..
Alasanmu untuk meminta ku lepaskan dirimu adalah
Kerana dirimu tidak sanggup melihat kekecewaan pada riak muka
Kedua ibu bapamu....
Tahukah kamu bahawa aku juga tidak sanggup membiarkan dirimu bersedih
Dengan keadaan itu?..
Sayang..
Aku tidak sanggup kehilangan dirimu sekali lagi..
Aku amat menyayangi dirimu lebih dari segalanya..
Saat dirimu dilanda ujian dan dugaan,.
Aku sanggup menghadapinya bersama denganmu..
Apa jua permintaanmu
Akan ku cuba untuk penuhi demi kebahagiaanmu dan keluargamu..
Sayang..
Ketahuilah bahawa bukan hanya aku yang menyayangimu..
Keluargaku juga sudah menerima dirimu
Walaupun mereka tidak pernah mengenali dan bersua muka denganmu..
Saat aku melihat kesungguhan ibuku menyiapkan pakaianmu
Aku tahu dia sangat bersedia untuk menerima dirimu menjadi
Sebahagian dari keluarga kami..
Sayang..
Ujian dan dugaan yang melandamu harus kita hadapi bersama-sama..
Perpisahan bukan penyelesaiannya..
Kerana kita mampu mengatasinya..
Sayang..
Aku bersyukur kerana masih lagi mampu mempertahankan hubungan ini
Walaupun dirimu mendesakku semalam..
Kenalilah aku sayang..
Aku tetap ada bersamamu untuk menempuh ranjau-ranjau kehidupan..
Aku tetap menyokong dirimu sayang..
Kerana aku tahu aku ikhlas menyayangimu..
Kerana cintaku hanya padamu..
Dan kerana sayang itu hanya milikmu..

dear..thanx yep...i love u..i will never break ur heart again :(
ReplyDelete